Saturday, October 11, 2008

Matahari dan Akhir Hayatnya


Matahari mempunyai jangka hayatnya.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 billion tahun.Selepas itu ia akan berkubur.Dalam surah at-Takwir ayat 1 Allah menyatakan,"Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat)."Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah 'kuwwirat'.Rata-ratanya ulama mentafsirkan sebagai digulung.Namun sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'.Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat,alam ini seolah-olahnya digulung.Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya.


Sebenarnya kestabilan matahari,seperti bintang-bintang yang lain bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya.Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari(core).Selepas berbillion tahun berlalu,proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil.


Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari(core) menguncup(contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi.Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya.Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan 'kuwwirat' dalam ayat al-Quran yang disebutkan sebelum ini.Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya.Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah planetary nebula.
Bahagian dalam matahari (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali sebagai white dwarfs atau 'si kenit putih'.Dengan itu tamatlah riwayat hidup matahari.

Rujukan:Quran Saintifik,Dr. Danial Zainal Abidin

No comments: