Tuesday, November 11, 2008

Orbir-orbit Bumi dan Objek di Langit


Bumi serta objek-objek di langit,termasuk bintang dan matahari,tidak pegun.Kesemuanya berpusing dan beredar dalam orbit-orbitnya.Sebelum ini,terdapat dua teori yang menguasai dunia barat iaitu geosentrik dan heliosentrik.Teori pertama iaitu heliosentrik diutarakan oleh seorang tokoh astronomi Yunani bernama Claudius Ptolemaus(Ptolemy).Berdasarkan buku beliau iaitu Almagest(150 Masihi),beliau menyatakan bahawa bumi ini berada di tengah-tengah angkasa dalam keadaan pegun dan matahari,bintang-bintang dan objek-objek lain di angkasa bergerak mengelilinginya.Teori ini menguasai dunia barat hinggalah ke abad enam belas masihi.

Teori yang kedua iaitu heliosentrik di utarakan oleh Nicolaus Copernicus,seorang pakar astronomi daripada Poland.Melalui buku beliau De revolutionibus orbium coelestium(1543 Masihi),Beliau mengatakan bahawa matahari berada dalam keadaan pegun di tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos bergerak mengelilinginya.Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy di http://plato.stanford.edu/entries/copernicus.


Sebaliknya al-Quran mengatakan buni dan matahari tidak pegun tetapi berpusing.Sebagai contoh,dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berfirman,"Dan dialah yang menjadikan malam dan siang,matahari dan bulan.Kesemuanya beredar (yasbahun) dalam falaknya".Perkataan yashabun bermaksud berenang.Perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya.Begitulah kiasannya matahari dan bulan.Kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa.Pendek kata,matahari dan bulan tidak pegun.Tambahan daripada itu oleh sebab perkataan falak digunakan,dan falak bermaksud bulat seperti sfera,ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan.Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan ‘malam dan siang,matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang’.Mengikut Kamus Dewan,rahat ialah suatu alat bulat seumpama roda yang digunakan untuk mengulung benang.Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri.Oleh kerana matahari dan bulan berputar di atas paksinya sendiri dalam bentuk bulatan,justeru kedua-dunya adalah objek bulat yang berpusing-pusing.


Seperkara yang menarik berhubung dengan ayat ini adalah Allah mengatakan bahawa malam dan siang, sperti matahari dan bulan,juga beredar dalam falaknya.Semasa menjelaskan ‘malam dan siang,matahari dan bulan beredar pada falaknya’,Allah menggunakan perkataan yasbahun yang melambangkan banyak.Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir menjelaskan perkataan yashabun adalah perkataan perbuatan(verb) yang digunakan bagi objek berjumlah lebih daripada dua.Dalam ayat ini jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua iaitu matahari dan bulan,jadi dimanakah objek yang ketiga?Malam dan siang bukannya objek sebaliknya merupakan fenomena yang berlaku di atas bumi maka objek ketiga yang dimaksudkan itu adalah bumi.Tambahan daripada itu,disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar(yasbahun),ia menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran itu maka lahirlah fenomena malam dan siang.Kesemua ini menampakkan bagitu saintifiknya al-Quran kerana kenyataan-kenyataan ini selari dengan penemuan semasa.


Seperti yang dinyatakan sebelum ini,matahari adalah sebuah bintang.Dalam surah al-Anbiyak,ayat 33 menunjukkan ia berputar atas paksinya sekali gus mengisyaratkan bintnag-bintang yang lain sperti matahari juga berputar atas paksinya.Hal ini disahkan oleh para saintis dalam bidang ilmu astronomi dan dilaporkan dalam Wikipedia Encyclopedia(Rotations).Demikian juga dengan bulan.Penemuan semasa mengesahkan ia berputar atas paksinya dan mengambil masa 27.32166 hari(sideral month) bagi menyempurnakan satu pusingan,(sekiranya ukuran ini dibuat tanpa mengambil kira pusingan bumi mengelilingi matahari),atau lebih kurang 29 hari sekiranya ukuran ini dibuat daripada bumi(synodic month).Justeru benarlah Allah dengan penjelasannya yang bermaksud,”Dan dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan.Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya.


Wallahu `alam.....


Rujukan:Quran Saintifik,Dr.Danial Zainal Abidin