Friday, October 24, 2008

Kegelapan yang Tiga


Keselamatan janin dalam rahim dijamin oleh Allah.Dalam surah az-Zumar ayat 6 Allah menjelaskan,"Dia menjadikan kamu di dalam rahim ibumu kejadian demi kejadian dalam kegelapan yang tiga."Di dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa disebutkan,"Kegelapan yang tiga adalah kegelapan yang berkaitan dengan abdomen,rahim, dan uri."Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathir daripada Abdullah bin Abbas,Mujahid dan Ikrimah.Pendapat ini menarik kerana perkataan-perkataan ‘kegelapan yang tiga’tidak ditafsirkan dalam bentuk abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang dapat difahami secara umumnya.


Kedudukan janin dalam ‘kegelapan yang tiga’ selari dengan penemuan sains moden.Professor Keith L. Moore,Ph.D., F.I.A.C.,pakar dalam bidang anatomi manusia dari Universiti Toronto,Kanada,berpendapat janin memang hidup dalam tiga tutupan atau kegelapan.tutupan pertama adalah kulit abdomen atau the anterior abdominal wall,kedua adalah dinding rahim atau the uterine wall dan ketiga adalah selaput yang menutupi janin secara langsung atau the amniochorionic membrane.Hal ini dilaporkan dalam The Journal of the Islamic Medical Association (1986),Volume 18,bulan Januari-Jun.

Kesemua kenyataan Quran ini mengagumkan kerana mengikut sejarah,hanya selepas mikroskop dicipta pada abad ke-17 oleh Leeuwenhoek sahaja,kajian mendalam berkenaan proses kejadian bayi dapat dilakukan.Namun kefahaman yang betul dan terpeinci berkenaan tahap-tahap kejadian ini hanya diketahui pada abad ke-20 oleh Streeter pada tahun 1941 dan kemudiannya dilengkapkan oleh O’Rahilly pada tahun 1972.Hal ini dilaporkan dalm The Journal of the Islamic Medical Association (1986),Volume 18,oleh Professor Keith Moore.Justeru,apabila Quran menjelaskan secara terperinci mengenai proses perkembangan embrio lebih daripada 1400 tahun dahulu semasa tidak ada manusia yang mampu mengetahui mengenainya,ia membuktikan dengan jelas Quran adalah wahyu daripada Allah.

Wallahu `alam…….

Rujukan:Quran Saintifik,Dr.Danial Zainal Abidin