Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka
tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang,
maka ada sesuatu yang
hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang,
maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah
s.a.w. sedang asyik bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di
hadapannya bertawaf, sambil
berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"
>
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim!
Ya Karim!" Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir
lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya
Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan,
orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki
yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu
berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang
sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku
laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah
s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu,
wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya,
sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu
pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai
orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di
akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak
percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi
s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal
itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata
kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada
tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang
takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi
membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan
bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa
berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu,
agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa
Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun yang
besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril
kemudian pergi. Maka orang
Arab itu pula berkata:
"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika
Tuhan akan membuat perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan
membuat perhitungan dengannya!" kata
orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau
perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan
memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya,'
jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan
kemaksiatan hamba, maka hamba
akan memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba
akan memperhitungkan pula
betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka
Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang
Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran
itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan
salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis!
Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya,
sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak
akan menghisab dirinya, juga
tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.
Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di
syurga nanti!" Betapa sukanya
orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la lalu menangis
kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "
Kerjaya Engineering
4 years ago
No comments:
Post a Comment