Sunday, August 16, 2009

Besi bukan berasal dari bumi???

"Dan kami turunkan(anzalna) besi yang ada padanya kekuatan yang hebat dan kebaikan untuk umat manusia...."(Al-Hadid:25)

Ulama` mempunyai perbezaan pendapat berkaitan perkataan "anzalna" dal;am ayat ini.Sebahagian ulama` berpendapat bahawa ianya bermaksud "kami turunkan" manakala sebahagian lagi berpendapat bahawa ianya benar-benar bermaksud Allah S.W.T telah menurunkan besi ke bumi.Jika kita teliti dan mati pendapat yang ke-2,ianya bermaksud besi itu bukanlah terhasil di dalam kerak bumi seperti sangkaan kebanyakan org.Jika perkara ini benar,dari manakh datangnya besi ini?

Ahli-ahli astronomi telah membuat penemuan bahawa besi bukanlah terhasil daripada kerak bumi.Ini kerana suhu yang terdapat di bumi tidak dapat menghasilkan besi.Bahakan suhu matahari sekalipun tidak mampu untuk menghasilkan besi.Ini kerana suhu tertinggi yang ada pada matahari hanya sekitar 20million darjah celcius iaitu di bahagian teras,sedangkan suhu yang di perlukan untuk menghasilkan besi adalah ratusan million darjah celcius.Hal ini membenarkan pernyataan al-Quran di atas bahawa besi itu bukanlah berasal daripada bumi.


Al-Quran itu mukjizat Rasulullah S.A.W
Wallahu`alam...

Wednesday, November 19, 2008

BARBER


ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

> > > > > > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''


WALLAHU`ALAM.....

Tuesday, November 11, 2008

Orbir-orbit Bumi dan Objek di Langit


Bumi serta objek-objek di langit,termasuk bintang dan matahari,tidak pegun.Kesemuanya berpusing dan beredar dalam orbit-orbitnya.Sebelum ini,terdapat dua teori yang menguasai dunia barat iaitu geosentrik dan heliosentrik.Teori pertama iaitu heliosentrik diutarakan oleh seorang tokoh astronomi Yunani bernama Claudius Ptolemaus(Ptolemy).Berdasarkan buku beliau iaitu Almagest(150 Masihi),beliau menyatakan bahawa bumi ini berada di tengah-tengah angkasa dalam keadaan pegun dan matahari,bintang-bintang dan objek-objek lain di angkasa bergerak mengelilinginya.Teori ini menguasai dunia barat hinggalah ke abad enam belas masihi.

Teori yang kedua iaitu heliosentrik di utarakan oleh Nicolaus Copernicus,seorang pakar astronomi daripada Poland.Melalui buku beliau De revolutionibus orbium coelestium(1543 Masihi),Beliau mengatakan bahawa matahari berada dalam keadaan pegun di tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos bergerak mengelilinginya.Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy di http://plato.stanford.edu/entries/copernicus.


Sebaliknya al-Quran mengatakan buni dan matahari tidak pegun tetapi berpusing.Sebagai contoh,dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berfirman,"Dan dialah yang menjadikan malam dan siang,matahari dan bulan.Kesemuanya beredar (yasbahun) dalam falaknya".Perkataan yashabun bermaksud berenang.Perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya.Begitulah kiasannya matahari dan bulan.Kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa.Pendek kata,matahari dan bulan tidak pegun.Tambahan daripada itu oleh sebab perkataan falak digunakan,dan falak bermaksud bulat seperti sfera,ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan.Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan ‘malam dan siang,matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang’.Mengikut Kamus Dewan,rahat ialah suatu alat bulat seumpama roda yang digunakan untuk mengulung benang.Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri.Oleh kerana matahari dan bulan berputar di atas paksinya sendiri dalam bentuk bulatan,justeru kedua-dunya adalah objek bulat yang berpusing-pusing.


Seperkara yang menarik berhubung dengan ayat ini adalah Allah mengatakan bahawa malam dan siang, sperti matahari dan bulan,juga beredar dalam falaknya.Semasa menjelaskan ‘malam dan siang,matahari dan bulan beredar pada falaknya’,Allah menggunakan perkataan yasbahun yang melambangkan banyak.Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir menjelaskan perkataan yashabun adalah perkataan perbuatan(verb) yang digunakan bagi objek berjumlah lebih daripada dua.Dalam ayat ini jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua iaitu matahari dan bulan,jadi dimanakah objek yang ketiga?Malam dan siang bukannya objek sebaliknya merupakan fenomena yang berlaku di atas bumi maka objek ketiga yang dimaksudkan itu adalah bumi.Tambahan daripada itu,disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar(yasbahun),ia menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran itu maka lahirlah fenomena malam dan siang.Kesemua ini menampakkan bagitu saintifiknya al-Quran kerana kenyataan-kenyataan ini selari dengan penemuan semasa.


Seperti yang dinyatakan sebelum ini,matahari adalah sebuah bintang.Dalam surah al-Anbiyak,ayat 33 menunjukkan ia berputar atas paksinya sekali gus mengisyaratkan bintnag-bintang yang lain sperti matahari juga berputar atas paksinya.Hal ini disahkan oleh para saintis dalam bidang ilmu astronomi dan dilaporkan dalam Wikipedia Encyclopedia(Rotations).Demikian juga dengan bulan.Penemuan semasa mengesahkan ia berputar atas paksinya dan mengambil masa 27.32166 hari(sideral month) bagi menyempurnakan satu pusingan,(sekiranya ukuran ini dibuat tanpa mengambil kira pusingan bumi mengelilingi matahari),atau lebih kurang 29 hari sekiranya ukuran ini dibuat daripada bumi(synodic month).Justeru benarlah Allah dengan penjelasannya yang bermaksud,”Dan dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan.Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya.


Wallahu `alam.....


Rujukan:Quran Saintifik,Dr.Danial Zainal Abidin

Friday, October 24, 2008

Kegelapan yang Tiga


Keselamatan janin dalam rahim dijamin oleh Allah.Dalam surah az-Zumar ayat 6 Allah menjelaskan,"Dia menjadikan kamu di dalam rahim ibumu kejadian demi kejadian dalam kegelapan yang tiga."Di dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa disebutkan,"Kegelapan yang tiga adalah kegelapan yang berkaitan dengan abdomen,rahim, dan uri."Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathir daripada Abdullah bin Abbas,Mujahid dan Ikrimah.Pendapat ini menarik kerana perkataan-perkataan ‘kegelapan yang tiga’tidak ditafsirkan dalam bentuk abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang dapat difahami secara umumnya.


Kedudukan janin dalam ‘kegelapan yang tiga’ selari dengan penemuan sains moden.Professor Keith L. Moore,Ph.D., F.I.A.C.,pakar dalam bidang anatomi manusia dari Universiti Toronto,Kanada,berpendapat janin memang hidup dalam tiga tutupan atau kegelapan.tutupan pertama adalah kulit abdomen atau the anterior abdominal wall,kedua adalah dinding rahim atau the uterine wall dan ketiga adalah selaput yang menutupi janin secara langsung atau the amniochorionic membrane.Hal ini dilaporkan dalam The Journal of the Islamic Medical Association (1986),Volume 18,bulan Januari-Jun.

Kesemua kenyataan Quran ini mengagumkan kerana mengikut sejarah,hanya selepas mikroskop dicipta pada abad ke-17 oleh Leeuwenhoek sahaja,kajian mendalam berkenaan proses kejadian bayi dapat dilakukan.Namun kefahaman yang betul dan terpeinci berkenaan tahap-tahap kejadian ini hanya diketahui pada abad ke-20 oleh Streeter pada tahun 1941 dan kemudiannya dilengkapkan oleh O’Rahilly pada tahun 1972.Hal ini dilaporkan dalm The Journal of the Islamic Medical Association (1986),Volume 18,oleh Professor Keith Moore.Justeru,apabila Quran menjelaskan secara terperinci mengenai proses perkembangan embrio lebih daripada 1400 tahun dahulu semasa tidak ada manusia yang mampu mengetahui mengenainya,ia membuktikan dengan jelas Quran adalah wahyu daripada Allah.

Wallahu `alam…….

Rujukan:Quran Saintifik,Dr.Danial Zainal Abidin

Monday, October 20, 2008

Manusia mengeluh,Al-Quran menjawab


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.


Wahai saudaraku,ketahuilah bahawa kita telah dikurniakan permata yang paling berharga,iaitu Islam.......

Tuesday, October 14, 2008

Honey



Another example of what one might expect to find in an "old book" that touches upon the subject of health or medicine is outdated remedies or cures. Various historical sources state that the Prophet (s) gave some advice about health and hygiene, yet most of these pieces of advice are not contained in the Qur'an. At first glance, to the non-Muslims this appears to be a negligent omission. They cannot understand why God would not "include" such helpful information in the Qur'an. Some Muslims attempt to explain this absence with the following argument: "Although the Prophet's advice was sound and applicable to the time in which he lived, God, in His infinite wisdom, knew that there would come later medical and scientific advances which would make the Prophet's advice appear outdated. When later discoveries occurred, people might say that such information contradicted that which the Prophet (s) had given. Thus, since God would never allow any opportunity for the non-Muslims to claim that the Qur'an contradicts itself or the teachings of the Prophet (s), He only included in the Qur'an information and examples which could stand the test of time." However, when one examines the true realities of the Qur'an in terms of its existence as a divine revelation, the entire matter is quickly brought into its proper perspective, and the error in such argumentation becomes clear and understandable.

It must be understood that the Qur'an is a divine revelation, and as such, all information in it is of divine origin.God revealed the Qur'an from Himself. It is the words of God, which existed before creation, and thus nothing can be added, subtracted or altered. In essence, the Qur'an existed and was complete before the creation of Prophet Muhammad (s), so it could not possibly contain any of the Prophet's own words or advice. An inclusion of such information would clearly contradict the purpose for which the Qur'an exists, compromise its authority and render it inauthentic as a divine revelation.

Consequently, there was no "home remedies" in the Qur'an which one could claim to be outdated; nor does it contain any man's view about what is beneficial to health, what food is best to eat, or what will cure this or that disease. In fact, the Qur'an only mentions one item dealing with medical treatment, and it is not in dispute by anyone. It states that in honey there is healing. And certainly, I do not think that there is anyone who will argue with that!

Saturday, October 11, 2008

Matahari dan Akhir Hayatnya


Matahari mempunyai jangka hayatnya.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 billion tahun.Selepas itu ia akan berkubur.Dalam surah at-Takwir ayat 1 Allah menyatakan,"Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat)."Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah 'kuwwirat'.Rata-ratanya ulama mentafsirkan sebagai digulung.Namun sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'.Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat,alam ini seolah-olahnya digulung.Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya.


Sebenarnya kestabilan matahari,seperti bintang-bintang yang lain bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya.Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari(core).Selepas berbillion tahun berlalu,proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil.


Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari(core) menguncup(contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi.Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya.Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan 'kuwwirat' dalam ayat al-Quran yang disebutkan sebelum ini.Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya.Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah planetary nebula.
Bahagian dalam matahari (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali sebagai white dwarfs atau 'si kenit putih'.Dengan itu tamatlah riwayat hidup matahari.

Rujukan:Quran Saintifik,Dr. Danial Zainal Abidin